Wednesday, May 4, 2011

Kuih Tradisional

KUIH KARAS
Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional Malaysia yang diperbuat daripada  tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Ia  dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia dibentuk didalam minyak sebelum di angkat.

Kuih karas  is a traditional Malaysian cookies made ​​of rice flour. It had the form of soft tissue such as vermicelli, but crunchy and sweet. It is produced by using  a mixture  of rice flour and liquid sugar, put into special mold and cook to the hot oil until golden brown. It was formed in the hot oil before lift.

KUIH KERING


Kuih traditional ini kian dilupakan masyarakat kerana kuih ini agak remeh membuatnya.  Campuran tepung gandum dan telur di bentuk, di goreng kemudian di jemur.  Bila sudah cukup kering ia di sira dengan gula.  Kuih ini tahan lama dan ranggup
This traditional cookies almost forgetten by people because of the difficulty of making it.  Made by mixture of flour and eggs in the shape, cooked and then drained. When it dry enough, it will mix with sugar. The cookies is durable and crispy.

KUIH TIRAM

Kuih tiram ini sedap, manis dan ranggup.  Ia  tahan lama, dibuat dari campuran tepung yang diuli menjadi doh kemudian di sapukan minyak untuk mendapatkan lapisan- lapisan yang ranggup.  Boleh juga di dapati dengan rasa pedas mengikut permintaan.  Juga di kenali sebagai lidah buaya.
Kuih tiram ( oysters) are delicious, sweet and crispy. It is durable, made ​​from  a mixture of flour kneaded into dough then applies  oil to get  crispy  layers.   

KUIH BIJAN

Kuih bijan atau juga dikenali sebagai kuih buah rotan merupakan sejenis kuih  tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut. Ia dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng.  Kuih bijan agak keras tetapi ranggup dan tahan lama.
Kuih bijan ( Secame cookies) is traditional Malaysian cookies.  Made from glutinous rice flour. It is round shaped and coated with sesame seeds before frying. Kuih bijan a bit hard but crispy and durable.

2 comments:

  1. Bole x sy minta rasepi kuih kering lebih lengkap? Sy dah lame x buat..dh lupe rasepinye..

    ReplyDelete