Wednesday, August 27, 2014

blog rujukan ..PIE.pie pie

FauziahSamad.com: BERJAYA BUAT PIE RAPUH MACAM YANG BELI: Saiz kecik 3 inci Garing, rapuh dan yummy Tiap kali Kjee tengok cooking programs kat Asian Food Channel, Kjee selalu pasang ...

Monday, August 25, 2014

APPLE PIE

Assalamualaikum.
Lama betul tak mengupdate blogku ini.....bersawang dah..huhuhuuu...dek kerna kesibukan berhijrah banyak perkara yang terbengkalai.   Naaa...semalam dapat la buat Apple Pie ni...duk cari2 resepi..nak bertukar2 selera...anak2 dah jemu makan nasi....buat tteokboekki pun dah mula jemu....kimchi pun dah tak buat....selera dah nak bertukar....so...berhenti dulu makan nasi dan segala yg menjemu kan...JOM try Apple Pie ni plak....yummmmyyyy....Alhamdulliah dapat ler sedekah kat jiran ckit..merasa. JOM cuba resepi ni.

APPLE PIE YUMMY







A    APPLE PIE
      Bahan2 tuk 10 orang..
·         6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
·         200 g gula pasir
·         50 g kismis
·         20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
·         UNTUK DOH PIE :-
·         500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
·         200 g mentega
·         2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
·         250 g gula halus

Cara-cara
1.            Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
2.            Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.

3.            Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
4.            Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
5.Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.

6.   Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba.........

kredit to...myresepi.com

Friday, August 3, 2012

Tuesday, June 7, 2011

Kek Coklat Lembab

KEK COKLAT LEMBAB

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
¾ cawan gula
1 cawan minyak masak/ minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonet soda
4 biji telur di blend

CARA-CARA
1.        Panaskan 1 cawan air, bubuh gula, koko susu dan minyak. Kacau hingga sebati
2.       Ayak tepung gandung , baking powder dan bikarbonet soda
3.       Bubuh telur yang telah di blend
4.       Kukus atau bakar selama 45 minit pada suhu 180.

Blueberry Muffin

Blueberry Muffin
Bahan-Bahan
·         ½  cawan mentega
·         ½  cawan minyak jagung
·         1 ¼ cawan gula perang atau gula castor
·         3 biji telur
·         2 ½ cwn tepung gandum
·         1 sudu teh baking powder
·         1 sudu teh soda bikarbonat
·         200 ml susu segar
·         Sedikit blueberry jam untuk topping atau isian.
Cara-cara:
1.       Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2.       Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3.       Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4.       Tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5.       Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
6.       Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit blueberry  di atasnya.
7.       Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.